Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)
Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah
Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
(su'ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
(Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
Hisab keatasnya menjadi sangat berat
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

13 comments:
salam..very useful info..terima kasih..sy nak copy paste boleh?
thanks..moga kmu di rahmati..amin..izinkn saya copy paste ye...
salam...saya nak mtk izin copy paste..tq..
tq..mintak izin utk copy..
saya pon nk copy...tq....
SUBHANALLAH.....
minta izin di copy..semoga allah meredhai perjuangan kita.
minta izin untuk share
Apa taraf hadis tersebut? sahih @ hasan @ daif atau palsu? Terdapat dalam kitab hadis apa?
Berhati-hati dengan hadis palsu yg bertujuan untuk merosakkan umat islam.. Sbg contoh dosa tinggalkan solat Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Ramai umat islam termasuk remaja yg tinggalkan solat maghrib. Bagi golongan ini mereka telahpun mengumpul dosa2 seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Dosa2 terus dikumpul. Kita tahu bahawa dosa berzina dengan kekasih tidak sebesar dosa berzina dengan ibubapa sendiri. Takde orang sanggup berzina dgn ibubapa sendiri tapi ramai yg suka berzina dengan kekasih.
Seterusnya hadis ini boleh mengajak orang islam berzina. Ingat bahawa Allah adalah tuhan yang Maha Mengetahui. Allahlah yang melantik nabi Muhammad sebagai nabi dan mewahyukan ajaran yang sesuai dengan fitrah manusia. Islam adalah manual terbaik untuk membentuk akhlak terbaik untuk manusia.
Adalah sesuatu yang mustahil bagi Allah untuk mewahyukan nabi Muhammad untuk mengucapkan ayat2 diatas. Bagi setiap seorang yang menjaga solat lantaran takut kepada ancaman hadis tersebut maka akan lahirkan 10 orang yang berzina sebab syaitan akan mendorong kita untuk meringankan dosa zina berpunca dari hadis tersebut.
Kita kena ingat bahawa dajjal adalah seorang pendusta yang telah wujud sebelum nabi muhammad dilahirkan lagi. Dajjal mampu dan telahpun mewujudkan perawi2 hadis, ulama-ulama hadis yang hebat untuk meyebarkan ajaran2 salah. Berselindung disebalik hujah kebenaran dan menyelitkan pembohongan..
Selain dari hadis diatas terdapat banyak lagi hadis termasuk yang dinilai sahih oleh ulama nenek moyang kita yang boleh mendorong zina disebalik ancaman jangan lakukan dosa. Sebagai contoh hadis berkenaan riba.
Ini pendapat aku, dan kita tengok nanti, siapa benar siapa salah. Jawapannya akan diketahui apabila kita berada di mahkamah Allah kelak. Atau mungkin lebih awal lagi iaitu semasa zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa turun.
peringatan utk sume:jika ingin share..x perlu utk mminte izin kerana itu mmg tggungjwb kite sbagai ummat Islam spaye berpesan pesan thdp umat Islam yg laen...
jangan mempertikaikan kesahihan hadis atau apa-apa dalil berdasarkan pendapat peribadi kerana anda secara langsung mengelirukan orang lain..Wallahu'alam..
x perlu marah2 ..orang yg membaca pun marah bah..
Post a Comment